Posted by admin | Under photography
Wednesday Jul 6, 2011






Kejam kelip kejam kelip tup tap tup tap,tu dia kejap jer usia kami di makan waktu,dalam tak diam aku dah setahun jadi bapak,dan setahun juga dah umur anak aku..walaweh makin besar dah aku rupanya haha..Apa yang aku ada dah nak masuk angka tiga…tak senang buntut la lepas nie..kena bijak bekerja dalam manipulasi kehidupan mendatang.Putri comel kami Damia Amani dah pun cecah angka satu,dah boleh berjalan dan boleh menari tanggo bila dengar lagu barney..makin bijak makin pantas makin tua la baba mia.
Makin tua la mama dan baba lepas nie, dalam tak sedar jaga dah membesar bagaikan johan rupanya putri aku.Bila mia besar makin besar la tanggungjwab mama dan baba nak membesarkan mia,apapun buat putri comel baba yang belum boleh membaca blog baba nie bila dah pandai membaca,baca la dengan penuh kasih sayang sebagai anak yang di besarkan oleh orang tua kamu.Hargai la masa kamu ,dan orang di sekeliling kamu baluti la jiwa dengan ilmu agama,Tunduk hormat la pada keluarga .Pacak kan pendinding diri dengan ilmu.Berdikari la kamu sebagai mana kami berdikari membesarkan kamu.Semoga berjaya dunia akhirat.
Love Mama dan Baba
Ax Rafar
Photographer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
FB:Ax Rafar
Posted by admin | Under photography
Tuesday Jun 28, 2011





Mustika hati pesona chinta baba dan mama mula menghampiri dewasa hidup,pelajari hukum alam,cerdik akal tidak terperi,kurniaan ilahi yang datang memberi,menghambat kesyukuran bersulam takhta di hati.Damia Amani ulang tahun kelahiran yang pertama bakal menjelma kini.
Ax Rafar
Photographer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
FB:Ax Rafar
Posted by admin | Under photography
Wednesday Jun 15, 2011


Sedang bahasa kota bermain kata,Jiwa republika jakarta pembuka bicara,Sedang aku merakam masa,Nadi bergetar di dada kota,Dan bila kota tua menjadi cerita,Maka bermula episod menjadi lara.Dalam aku menghias rupa,Jiwa rasa menjadi sasa,Dalam duduk aku berkata,Takkan jakarta sedemikian rupa,Bila hati mula curiga maka mata berjaga-jaga.Dalam kita menahan gelora,Biarkan sahaja ia menjadi cerita.
Ax Rafar
Photographer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
FB:Ax Rafar
Posted by admin | Under photography
Thursday Jun 2, 2011
Posted by admin | Under photography
Tuesday May 3, 2011








Awal mei kami ke kota singa mencari murtabak singapora yang di khabarkan sedap oleh berjuta rakyat jelata,berlokasi di singapora sekeping murtabak ayam singapora menjadi sasaran sebuah keluarga yang kelaparan bak harimau malaya. Dengan kordinasi tepatnya arab street sebuah restoran zam zam telah kami sasarkan dengan bantuan garmin haha.Lapar bercampor letih berserta cuaca tidak begitu terpesona dek ekor mata kami meneruskan pencarian,menaiki tangga ke tinggat dua ruang selera di hujung sana tempat mula kami bersantap.
Tanpa memikir panjang murtabak ayam singapora di orda sama oleh bini aku hehehe…sangat meleleh ayaq liuq sapa yang dok baca nie…bukti dia sampai la nie aku tak dan nak amik gamaq makanan kami tadi…hahaha bayangkan la dalam murtabak tulang ayam duk ada sama gila punya orang singaporahehe setelah puas mencekik serta bersyukur di masjid al falah di orchard road,kami bertiga dengan bantuan garmin p la ker tempat amazing race asia berlangsung…pada pemandu singapora yang bajet sopan santun kat bandar hang…aku seriusly menyirap tahap gaban dengan pemanduan lemah longlai korang…akhir kata pemanduan kolumpo yang aku duk lama praktis aku ajaq kat depa suma…hahaha padan muka korang..(agak2 keta aku kena banned tak masuk sana pasnie hehe)
Ok lepas tempat yang di tujui telah tba bersama perut yang sudah aman dan damai maka dengan ini boleh la aku beraksi bagai panglima malaya di kota singa.Bobo di tarik keluar dari beg sisi aku.klik sana klikk sini syabas merebete anak aku baik punya jadi model hahaha sambil di bantu mama dia yang penat melayan aku..kepada anakku tq ya bagi baba good praktis shoot gamaq baby cam hang nie…hehe Kat kawasan merlion tu berlambak2 manusia bersama kamera dari yang kecik sampai la yang tua bangka dari yang koro sampai la yang cangih suma dok ada…dan ramai gak group photographer buat kelas outing kat sana haha sama cam malaysia gak…bagus la p la buat kelas banyak2 yang penting ajaq mau ikhlas baru la kerja di berkati tohan…
Ok la apapun awal mei nie aku nak ucap suma buruh2 satu dunia termasuk aku juga”selamat hari buruh”. chow dulu
Ax Rafar
Photographer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
FB:Ax Rafar
Posted by admin | Under photography
Monday Apr 18, 2011




Al kisah maka bermula,hari ahad pembuka cherita.Selepas pulang dari kota bekerja mencari sesuap nasi di kotaraya besar,aku memandu pulang ke desa berjumpa keluarga .Jam di tangan menunjukan jam 6 destinasi seterusnya ialah Taman Putrajaya untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama keluarga.
Putri chomel ku kini berusia 9 bulan 18 hari hihihihi.Apa lagi aku pun amik la kereta si comel aku berwarna merah sambil aku rasalah anak aku mesti menyanyi lagu “bapaku pulang dari kota bapaku belikan kereta,kereta kecil warna merah boleh ku bawa ke sekolah…pom pom pom pom kereta kecilku berbunyi lalalalla”.Sebenarnya port kami lepak nie tak best pasal tadak orang jual makanan…so lapaq la bini aku hehe.Tak cakap banyak mama dia pun bawak la dia kekawasan adat istiadat akan bermula,si comel aku akan melakukan upacara mencemar duli memijak bumi hijau ciptaan ilahi..
Eh eh eh eh apa nie tajam2 la ma rumput kat sini,sakit la kaki mia..hehe macam2 gaya muka dia buat.adoyai anak baba nie…akhirnya berjaya dia untuk seketika dalam mencemar duli menjunjung kasih baba dan mama dia.dah bosan kot akhirnya dia melepak jer di tepian keta spotcar merah dia.kesian anak baba tak tdo petang kena bawak p jalan2 kan..hehe apapun kamu sgt menghiburkan lensa baba pada petang ini..
Ax Rafar
Photographer/Designer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
YM:kingcrab74
Posted by admin | Under personal
Monday Apr 4, 2011
Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi,hari ini genap usia perkahwinan kami selama 2 tahun,walaupun masih muda dalam dunia perkahwinan alhamdulilah sekali lagi kami sudah mencecah ke angka dua,dan dari tahun ke tahun rezeki yang di beri oleh-MU di nikmati dengan penuh syukur,takala pelbagai ujian yang menimpa dan bakal menimpa,kami dengan merendah diri ke pada-MU bersyukur atas segala pemberian-MU selama ini.
Walaupun cinta dan minat isteriku kepada Man U haha “passion glory” aku yakin aku never walk alone selagi isteri tercinta ku terus menikmati oksigen pemberian ilahi.Bebelan engkau selama dua tahun aku nikmati dengan penuh rasa hormat..walaupun kekadang menyirap limau gak hahaha….muncung kau bila mengada buat aku teruja..shutter camera aku lebih separuh adalah rupa jiwa engkau sang isteri,den engkau wahai sang isteri merupakan tulang belakang hidup mati aku cewah.
Dan sekali lagi syukur kepada yang maha ESA,kerana cahayamata yang di ciptakan untuk kami pada usia perkahwinan kami memasuki angka dua,alhamdulilah puteri kesayangan Damia Amani menambahkan lagi seri dalam keluarga kami serta rumah tangga kami juga.Bertambah tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah kini,dan rezeki yang halal dari mu kami mohon sepanjang hayat kami aminn…juga tidak lupa kepada bapa dan emak mertua ku kerana percaya dan memberi izin akan anaknya menjadi isteri kepada aku hehe,Ayah dan mama kerana memberi restu pada anak muda mu untuk menikmati alam keluarga,dan tanpa restu mereka kami semua takkan menjadi seperti hari ini.perghhh cam ucapan menang award ABH plak haha..
Akhir kata pembuka bicara menutup mata sambil mendengar kata,Alhamdulilah bermain di bibir bersulam di hati kerana jodoh kami masih pada hari ini,semoga institusi perkahwinan yang kami cipta berkekalan hendaknya
amin…love u sayang MUAKS!! mama and amani…
Ax Rafar
Photographer/Designer
Kuala Lumpur,Malaysia
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
YM:kingcrab74
Posted by admin | Under photography
Thursday Mar 31, 2011












Kembali mencoret di pagi hari,Bali ver 2.0 kembali disajikan kepada semua.Dua orang pengiring setia aku menjadi tajuk kali ini.Dengan sifat rendah diri di hati sanubari aku ini,dengan ini secara rasminya dua orang pengiring teristimewa aku di paparkan dalam isu bali ver2.0.Seperti biasa la segala kelengkapan persiapan sebelum dan selepas berjalan di sediakan sepenuhnya dengan penuh dedikasi oleh isteri terchinta aku elis.Kali ini agak berbeza sikit sebabnya kami berjalan bertiga dan secara rasminya si kecil comel yang bernama damia amani penjadi orang ketiga apabila dua pasangan cuba berduaan bermanja di tanah seberang hehe.
Sangat bergumbira dan sedikit kuciwa aku tak dapat banyak amik gambar yang aku nak cari kat sana hehe,dan gumbira rasa bergelora bila bercuti bersama keluarga anda yang pastinya.Pagi pagi hari lagi di lapangan terbang tanah melayu restoran donat menjadi pembuka selera kami bertiga hah amik kau selera anak aku ting tong seperti tag line dunkin donat “baked fresh everyday” .Dengan bawak si kecik aku tu mmg kena sumbat perut dia kenyang2 dengan harapan dia tdoq dan tak la nak meragam sat g dalam penerbangan aku ke tanah jawa plak ,tak cukup ngan sandwich dia sumbat sebotol susu formula plak..dan alhamdulilah strategi pemasaran berjaya,anak aku tdor lena dalam penerbangan ke tanah jawa.
Setibanya di Denpasar seperti yang telah di nyatakan dalam isu bali 1.0 cuaca tidak la seharmoni yang di sangka mendungnya di bawa ke malam,akhirnya gambar edisi bali 2.0 habis aku buat hitam putih hahha,seriusly mmg aku suka hitam putih sebab itu la cara aku memandang kehidupan aku,biarkan tidak banyak pilihan yang ada dalam hidup aku hitam dan putih menjadi simbolik 1 atau 2 sahaja pilihan hiudp yang aku ada..dan bila hidup kita di warnai pelbagai warna pada aku umpama hidup aku terlalu banyak sgt pilihan buatkan nanti aku boleh sakit kepala..so baik hitam dan putih sahaja pilihan aku sama ada baik atau jahat buruk atau cantik hidup atau mati itulah yang dapat aku simpulkan warna hitam putih dalam hidup aku pilih.
Apapun yang teramat istimewanya kali ini ke tanah jawa adalah menyambut ulang tahun kelahiran isteriku yang ku chintai bersama si kecil.Hehehe happy belated besday yer sayang wakakakka giler lewat wishkan.Dengan kek sponsor dari hotel kami serta air minuman jus campor dia yang menarik hati Ulang tahun kelahiran isteri aku telah selamat di rai kali ini dengan istimewanya bersama hadiah besar aku bawak seberat 5.5kg pada masa tu iaitu damia amani…hahha love u sayang.Terimalah hadiah istimewa b gambar kaler untuk gambar kita dua hehe.ok la jam dah masuk 5 am mau rehat2kan minda dan badan yang makin berusia tunggu la kerajinan aku untuk versi yang akan datang plak..
Ax Rafar
Photographer/Designer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
YM:kingcrab74
Posted by admin | Under photography
Wednesday Mar 23, 2011





Jutawan rupiah kembali hahaha bestkan biler jadi jutawan rupiah tak kisah la janji jutawan,sebab nak tunggu jadi jutawan RM bila entah hehe..bermula awal tahun 2011 januari menjadi saksi akan kelibat aku di dalam kapal terbang tony fernandes, kuala lumpur-denpasar menjadi sasaran kali ini.Seperti biasa Bali ver 1.0 menjadi pembuka cerita untuk siri2 jelajah aku seterusnya selepas ini.Berbekalkan beg sandang aku yang berisi Bobo,aku telah selamat mendarat di sana bersama 2 orang pengiring setia aku..hehe
Cuaca ketika aku di bali tidak la berapa baik…seperti tidak merestui ketibaan aku mencemar duli di sana haha…Hujan membasahi bandar kuta.Bagusnya sedikit sahaja Bali nie pasal pengemis kurang berbanding bandar2 indonesia yang lain.Alhamdulilah semula berjalan lancar di imigresen,patung2 daun kelapa kecil berasap colok bersepah merata Bali.Satu pemandangan yang sudah biasa kot bagi diorang,dan hidng aku pun mula la nak tersumbat sana sini hasil asap colok yang mewangi mengalahkan pewangi CK yang aku pakai.
Bersama dua orang pengiring setia aku yang belum lagi akan ku kenalkan di episod ini,kami terus berlegar2 sekitar airport sana mencari sasaran yang harus di tujui,alhamdulilah drebar yang menungu sungguh lama menyambut kami dengan penuh rasa hormat hahahhaha.Dengan perut aku dah mula krok krek berdansa kelaparan,jajan bekalan dari malaya menjadi sasaran….susah betol makanan yang pasti2 halal kat sana dan nak pastikan diorang MUSLIM pun ermmmmmmmm payah wei…bila di tanya jawabnya muslim bila di teliti kakinya bertatu naga…hahahaha ikut suka kau la wei…sendiri jawab nanti.
KUPU-KUPU BARONG UBUD SPA menjadi pilihan untuk aku nak melabuhkan pungkoq aku yang dah kematu bersama dua lagi pengiring setia yang amat ku sayangi tu..hehe wow kebabom la bilik aku tu patung besar tu aku tutup ngan tuala supaya kami boleh tdo lena…hehe tu la BALI majoriti penduduknya beragama hindu.So rasanya sampai sini dulu la aku cerita untuk BALI ver 1.0.pasal keje aku sgt2 menimbun2 nie haha
Ax Rafar
Photographer/Designer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
YM:kingcrab74
Posted by admin | Under photography
Monday Feb 7, 2011



Salam dua ribu sebelas buat kalian semua,dan masih tak lewat lagi untuk aku memulakan bicara blog aku tahun ini.Dah lama agaknya aku tak upload kat blog aku nie dan yang pasti pembuka cerita dua ribu sebelas aku bermula di bulan febuari bulan orang berkasih sayang bagi orang yang sibuk percayakan empat belas febuari tu lah…hehe
Pemanis bicara segala pemula cerita aku dengan rasa besar hatinya hendak mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran isteriku tersayang pada dua puluh lima januari lepas…hahahaha sori la yang dah lewat baru nak buat entry khusus buat isteriku..kira ok la kan masih nak tulis lagi hahahaha apapun sebagai tulang belakang utama aku kehadiran isteriku serta anak aku membuatkan diri aku terasa bahagia,hadiah tak ternilai buat nilai perkahwinan aku adalah kurnian cahaya mata aku si kecil yang di gelar damia amani.Kehadiran amani dalam hidup baba buat baba makin lagi kurang tidor la gamaknya…hahaha
Dua ribu sebelas bermula dengan pelbagai cerita,cuma yang ingin di sunting untuk permulaannya adalah kisah kami sekeluarga hahaha..Kecerian yang terpancar di wajah mereka berdua merupakan tonik bagi segala kepenatan aku dalam kehidupan seharian walaupun ada kala aku tak penat pun haha.Aku cuma berharap agar keceriaan dalam kehidupan aku berpanjangan dalam aku hidup berkeluarga. Di samping doa teman-teman,doa para ahli keluarga , cita-cita yang aku kejarkan dalam kisah dua ribu sebelas mencapai matlamatnya.Dua ribu sebelas tahun akhir aku mengecapi angka DUA dalam kehidupan aku dan pasti tahun dua ribu dua belas angka dua sudah tiada lagi menemani aku,angka baru bakal menjelma dengan sasaran utama harus di kecapi semula.Semoga apa yang ingin ku capai ,akan ku capai bersama ahli keluarga ku.Amin
Ax Rafar
Photographer/Designer
Kuala Lumpur,Malaysia
BB pin : 22AFCD52
mobile:+6014 62 77 182
email:axrafar@gmail.com
YM:kingcrab74